Kerajaan Gagal criticise government Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memberitahu Dewan Rakyat hari ini hanya dua warganegara Malaysia yang berada di Afghanistan buat masa ini.

Katanya, kedua-dua rakyat Malaysia itu kini berkhidmat dengan organisasi kemanusiaan antarabangsa dan telah melaporkan keberadaan di Afghanistan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

“Mereka membuat keputusan untuk kekal di sana bagi meneruskan tugasan dan pada yang sama terus mengambil langkah bagi memastikan keselamatan mereka.

“Kami telah meminta mereka supaya sentiasa berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi atau terus ke Wisma Putra sekiranya memerlukan apa-apa bantuan konsulat,” katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli (PH) hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Putrajaya akan mengambil beberapa pendekatan sebelum mengiktiraf kerajaan sementara di Afghanistan.

Antaranya, pendekatan kerajaan sementara itu terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di negara itu.

“Malaysia mengambil pendirian untuk berhati-hati dan meneliti perkembangan semasa. Sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad berhubung isu pengiktirafan ini terdapat beberapa pertimbangan yang harus diperhalusi.

“Pertama, tahap penerimaan rakyat Afghanistan sendiri terhadap penguasaan Taliban, kita dapat bahawa kerajaan sementara yang dibentuk masih tidak bersifat inklusif dengan tidak menrangkumi penyertaan golongan etnik utama yang lain.

“Kedua, kita melihat soal inklusif ini dalma soal wanita dalam pentadbiran tetapi juga dari segi penjagaan hak-hak wanita dan anak-ana perempuan.

“Ketiga, kerajaan berpegang kepada kerajaan di Kabul atas pendekatan Afghan let, Afghan Own, Afghan Control Peace and Reconsiliation Process,” katanya lagi.

Pada 8 September lalu, Taliban mengumumkan kabinet baharu bagi membentuk kerajaan sementara di Afghanistan.

Jurucakapnya, Zabihullah Mujahid pada sidang media berkata, kerajaan sementara itu akan diketuai oleh Mullah Hassan Akhund sebagai Perdana Menteri sementara. – MalaysiaGazette