Remaja lelaki dipercayai lemas di Sungai Batang Kali hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 23 tahun dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Balak Batang Kali berhampiran jalan menghala ke Genting Highlands dekat sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, laporan diterima pukul 4.31 petang tadi.

Berdasarkan maklumat, lelaki berkenaan mandi di sungai berkenaan bersama-sama lima lagi rakannya.

Sehingga kini, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang bernama Ashraff Saari masih dilakukan oleh pihak bomba balai Kuala Kubu Bharu.

“Ketua zon berada di lokasi, pasukan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dalam perjalanan ke lokasi,” menurut PGO menerusi kenyataan.-MalaysiaGazette