Sumber gambar: https://sputniknews.com/20210923/all-crew-members-from-crashed-russian-an-26-plane-perished-remains-found-1089327216.html.

KHABAROVSK (Rusia) – Anggota mencari dan menyelamat menemukan mayat kru pesawat An-26 Rusia yang terhempas di wilayah Khabarovsk, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan kepada Sputnik pada Khamis.

Pesawat membawa enam penumpang itu hilang dari radar pada Rabu. Bangkai pesawat dijumpai berhampiran pusat peranginan ski di wilayah Khabarovsk.

“Pada 10.55 waktu Moscow (07:55 GMT), anggota penyelamat meninggalkan lokasi nahas. Semua anak kapal yang ditemukan sudah meninggal dunia,” kata jurucakap itu.

Pesawat itu dilaporkan hilang dari radar sekitar 38 kilometer (km) barat daya Khabarovsk pada Rabu dan nahas dipercayai akibat cuaca buruk.

Jabatan Rizab Hutan wilayah mengesahkan bangkai pesawat dijumpai tiga km dari penempatan Korfovsky di Rizab Hutan Bolshekhekhtsirsky.- BERNAMA