Tan Cheng Hoe. foto SYAFIQ AMBAK, 09 NOVEMBER 2019

KUALA PUMPUR – Senarai 24 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menyaksikan ketiadaan beberapa pemain utama pasukan negara dan kelab Liga Malaysia.

Keputusan jurulatih Tan Cheng Hoe itu mencetus persoalan yang mana aksi persahabatan kali ini dianggap penting kerana ia merupakan persediaan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Sebaliknya beberapa muka baharu seperti Shahrul Nazeem, Mukhairi Ajmal, Arif Fadzilah, Faisal Halim, Kalamullah Al Hafiz dan Al Hafiz Harun disenaraikan di samping beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad senior.

Enam pemain yang tidak dipanggil itu adalah empat pemain utama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Natxo Insa, Safawi Rasid, Matthew Davies dan Arif Aiman selain bintang tengah Sri Pahang, Nor Azam Azih dan pemain pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni.
Malaysia akan bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober ini dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan di Amman, Jordan pada 9 Oktober ini. – MalaysiaGazette