Tanguy Ndombele. Daily Express.

LONDON – Tottenham Spurs dilaporkan akan menawarkan Tanguy Ndombele kepada Manchester United sebagai pertukaran untuk mendapatkan Anthony Martial.

Dengan bahagian serangan Manchester United yang kini terlalu padat berikutan kehadiran Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho serta peningkatan prestasi Jesse Lingard, Martial kini berada dalam situasi tidak menentu kerana kerap berada di bangku simpanan.

Namun menurut beberapa sumber, United kini mempunyai peluang untuk melepaskan Martial kerana pemain ini dilaporkan telah diminati oleh Tottenham.

Menurut The Express,  United memang bersedia menjual Martial pada harga £40 juta.

Namun Tottenham percaya bahawa mereka dapat meyakinkan United untuk tidak melibatkan wang dalam perpindahan Martial.

Sebaliknya mereka bersedia menawarkan Tanguy Ndombele.

Meskipun pemain tengah itu menjadi pemain utama Tottenham tetapi dia dipercayai tidak berpuas hati di Spurs dan berniat untuk berhijrah. – MalaysiaGazette