Foto Instagram Caprice.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice terus menimbulkan kontroversi selepas memuat naik gambar berupa wajah entiti iblis dan jam pasir di laman Instagram miliknya semalam.

Ini kerana dia secara sinis memaparkan imej mahkluk terkutuk dengan lidah terjelir itu turut disertakan dengan perkataan ‘husnudzon’ (bersangka baik).

Ini kali kedua Caprice memuat naik gambar itu selepas melakukannya pada 27 Julai lalu.

Selain itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, turut memuat naik gambar berupa jam pasir dipercayai membawa simbolik menunggu waktu atau masa untuk melakukan pendedahan mengenai kes itu.

Dia juga mengajuk aksi lucah yang didakwa melibatkan pendakwah tersebut seperti yang terdapat di dalam rakaman video tular sebelum ini.

Dalam satu soal jawab dengan pengikutnya, penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace itu membalas soalan dengan menunjukkan sebuah video dirinya tanpa suara.

“Yang video itu sahih ke Cap (Caprice)?” soal seorang pengikutnya.

Dia kemudian hanya membalas persoalan tersebut dengan sebuah video dirinya tanpa suara seakan-akan mengajuk aksi membabitkan pendakwah tersebut seperti yang terdapat di dalam rakaman tular sebelum ini.

Caprice menjadi sasaran kutukan netizen selepas dia melancarkan perang terhadap beberapa golongan yang telah mencemar kesucian agama dan bangsa termasuk pedofilia setibanya dari Jordan dan Mesir pada 21 September lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast