Petugas kesihatan dan waris mengendalikan pengebumian jenazah bayi yang dijangkiti Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin AU4, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 250 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan setakat pukul 11.59 malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini sebanyak 24,931.

Menurut portal GitHub KKM, jumlah itu merangkumi sembilan kematian sebenar Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun, angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Berdasarkan graf, purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari pula adalah sebanyak 91 kes.

Daripada jumlah itu, 49 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 24,931.

Tiada kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 195,837 kes aktif direkodkan termasuk 1,055 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 595 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 16,751 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan sejak negara dilanda pandemik ini mencecah angka 2,166,445. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast