James Rodrigyez. Foto https://primetimezone.com/.
LONDON – Penyerang James Rodriguez diperkenalkan di hadapan peminat kelab Qatar, Al-Rayyan SC selepas urusan perpindahannya ke kelab Qatar itu selesai semalam tanpa nilai perpindahan didedahkan, lapor laman web Everton FC.
Bintang antarabangsa Columbia itu meninggalkan Everton apabila tidak lagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas bekas pengurus, Carlo Ancelotti menyertai Real Madrid.

James, 30, berpindah ke Timur Tengah setelah 12 bulan di Goodison Park.

Dia membuat 26 penampilan di semua pertandingan untuk Everton musim lalu dengan menjaringkan enam gol.

Sebelum ini, karier James dianggap berjaya kerana pernah menyertai kelab-kelab hebat seperti Real Madrid dan Bayern Munich.
Namun, ia berakhir begitu sahaja selepas beliau sering disisihkan dalam skuad Real Madrid dan berhijrah ke Everton pada musim lalu.
Nasibnya tidak begitu baik sehingga p Ancelotti pula mengangkat kaki untuk membimbing Real. – MalaysiaGazette