Kementerian Kesihatan  mengesan sebanyak tujuh lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kembali mengesan tempat kerja sebagai kes terbanyak iaitu lima kluster Covid-19 daripada 12 kluster dengan Johor dan Selangor menjadi penyumbang terbanyak kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi merekodkan tiga kluster, dua kluster komuniti manakala pendidikan lain dan keagamaan, masing-masing satu kluster.

Jelas beliau, tempat kerja melibatkan dua di Johor manakala Kedah, Melaka dan Selangor, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, dua di Selangor dan satu di Pulau Pinang manakala komuniti, Sarawak dan Pahang, masing-masing satu kluster.

“Satu kluster pendidikan lain di Johor dan satu kluster keagamaan di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 13,899 kes berbanding semalam, 14,554 kes, sekali gus diatasi 18,074 kes sembuh manakala 1,071 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 601 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tujuh negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310) dan Negeri Sembilan (194).

“Putrajaya mencatatkan 37 kes dan Perlis, 17 kes manakala Labuan hanya lima kes,” katanya. – MalaysiaGazette