Foto The Independent.

LONDON –  Aston Villa mencipta kejutan apabila menang 1-0 di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun, lapor Daily Mail.

Kortney Hause meletakkan Villa di hadapan menerusi tandukan padu pada minit ke-88 sebelum pertahanan itu memegang bola untuk menghadiahkan talian hayat kepada pasukan tuan rumah.

Namun, Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-93 apabila bola tinggi melewati palang yang menamatkan rekod tanpa kalah United pada musim ini.

Pada Khamis lalu, United tersingkir awal daripada Piala Liga di laman sendiri.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer United kini gagal untuk menang atau pun menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir mereka. – MalaysiaGazette