- Seramai 36 orang korban akibat jangkitan Covid-19 setakat semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 278 kematian akibat dijangkiti Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian pandemik itu bertambah kepada 25,437.

Daripada jumlah itu, kes kematian tertunggak berjumlah 99 kes, menurut data yang dikemaskini di portal COVIDNOW setakat jam 11.59 malam tadi.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa mingu lalu.

Menerusi data mengikut negeri pula, kesemua kes dilaporkan di negeri-negeri kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya yang tidak mencatatkan kematian.

Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 113 kes, diikuti Johor (32), Pulau Pinang (31), Kedah (27), Sabah (22), Kuala Lumpur (12), Kelantan (11), Sarawak (11), Perak (5), Terengganu (5), Pahang (4), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (1).

Jumlah kes aktif pula mencatatkan 183,289 kes aktif melibatkan 152,299 kes dikuarantin di rumah, 20,147 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 9,793 kes di hospital, 468 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 582 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette