Independent Islamic Preacher Firdaus Wong Wai Hung. sumpah laknat video clip sexual assault
Firdaus Wong Wai Hung.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkongsi pengalamannya mewakili skuad bolasepak kebangsaan Bawah 20 tahun (B20) dalam Kelayakan Piala Asia B20 pada 2002 yang mana beliau merupakan satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam pasukan.

Firdaus yang merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, ketika itu dia masih belum memeluk Islam.

Katanya, antara rakan dalam skuad itu adalah Safee Sali, Fadzli Saari, Sani Anuar Kamsani.

“Jurulatih kami pada waktu itu ialah Jorvan Vieira dari Brazil dibantu oleh Coach Lim Chuan Chin.

“Ini pengalaman kedua mewakili skuad kebangsaan selepas mewakili skuad bawah 17 tahun pada 1998 untuk kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun di Myanmar.

“Dah tak mampu seperti duu,” katanya menerusi hantaran di Telegram miliknya.

Dalam hantaran lain, Firdaus turut berkongsi kenangan ketika Kejohanan Piala Nike 1998 di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

First game kami, KL belasah Sarawak. Posisi saya waktu itu adalah stopper tetapi terlibat dalam set-pieces corner & free kick.

“Alhamdulilah score dua gol sebagai defend. Satu dari set pieces corner & satu lagi overlapping beat off side trap opponent.

“Cikgu Yusof belakang tu adalah coach Azman Adnan dulu. Dia adalah coach kami,” ceritanya.

Firdaus mencetuskan kontroversi selepas terlibat dalam isu seorang pendakwah terkenal yang kini disiasat berhubung kes video dan mesej lucah.

Sepanjang penubuhan MRM, dia bersama NGO tersebut telah banyak melakukan pendedahan demi pendedahan daripada isu pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sehingga kepada kultus ajaran sesat. – MalaysiaGazette