Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘P45’ yang memandu secara berbahaya sehingga tular dalam Facebook, sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Supt Suhaimi Jusoh dalam kenyataan hari ini memaklumkan susulan itu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, menerusi video yang tular itu, ia memaparkan kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam telah memotong kenderaan di hadapan di garisan berkembar secara berbahaya di Jalan Bukit Marak-Binjai, dekat sini.

“Terdapat kenderaan lain di atas jalan tersebut yang datang dari arah bertentangan di jalan berkenaan berdekatan jambatan sebelum lampu isyarat Chabang 3 Gong Dernim,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 38 saat itu dikongsikan menerusi akaun Facebook iaitu ‘ANA TAHU’ dan mendakwa bahawa kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘P45’ itu dipercayai milik seorang timbalan menteri. – Bernama