Pemandu vios maut selepas kereta terperosok di bawah Treler membawa Sawit dalam kejadian awal pagi tadi di Sabak Bernam.Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta Toyota Vios maut dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan sebuah lori treler dan kereta di Jalan Panchang Bedena, Sabak Bernam pagi tadi.

———

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori treler dan kereta di Sabak Bernam, pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, sejurus memerima panggilan pada jam 5 pagi, pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Besar mengambil masa selama tiga minit untuk ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta (Toyota) Vios dan treler terlibat dalam perlanggaran itu di kejadian Jalan Lama Panchang Bedena menghala ke Sungai Besar.

“Kereta Vios yang dipandu lelaki berusia 21 tahun melanggar treler muatan sawit berkenaan yang keluar membelok ke kanan dari pusat timbang sawit menghala Sungai Besar.

“Akibat gagal mengelak lori itu, pemandu Vios itu bersama keretanya terperosok di bawah treler tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kereta yang dipandu lelaki berusia 21 tahun melanggar treler membawa muatan sawit.

Tambah beliau, ia menyebabkan mangsa tersepit di bahagian kereta yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian dan bomba masa selama tiga setengah jam untuk mengeluarkan mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias dilaporkan berkata, mangsa dikenalpasti warga tempatan yang berasal dari Bagan Sungai Pulai. – MalaysiaGazette