Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Kuala Boh, Pahang bermula 30 September hingga 13 Oktober ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Kuala Boh, Pahang bermula 30 September hingga 13 Oktober ini.

Manakala PKPD di Kampung Tementong, Mukim Cheka 1 di Pahang dilanjutkan sehingga 30 Oktober.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamtan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko jangkitan Covid-19 yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, PKPD di dua lokaliti di Pahang iaitu Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian ditamatkan pada 29 September lalu seperti yang dijadualkan.

Begitu juga PKPD di Kampung Bahagia, Kelantan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, PKPD dua lokaliti di Kota Marudu, Sabah iaitu Kampung Kirangawan dan Kampung Pinatau termasuk Kampung Nuntunan Apin-Apin, Kampung Lingkidau dan Perumahan Pekerja Ladang boustead Ruku-Ruku turut ditamatkan pada tarikh yang sama.-MalaysiaGazette