Lava dari gunung berapi Cumbre Vieja mengalir ke Lautan Pasifik. foto Twitter

LA PALMA – Lava dari gunung berapi yang meletus di Pulau La Palma di Sepanyol telah sampai ke Lautan Atlantik, menimbulkan kebimbangan gas toksik dilepaskan dan letupan.

Asap putih berkepul-kepul naik ke udara ketika arus panas bersentuhan dengan air di kawasan Playa Nueva.

Ini boleh mencetuskan reaksi kimia yang dapat merengsakan kulit dan mata dan mempengaruhi pernafasan.

Ratusan rumah musnah sejak gunung berapi Cumbre Vieja di Kepulauan Canary meletus pada 19 September.

Kira-kira 6,000 orang telah dipindahkan kerana menuruni kawasan perumahan, sekolah dan beberapa ladang pisang.

Lava tiba ke laut pada lewat hari Selasa, menurut Involcan, Institut Volkanik Kepulauan Canary menerusi Twitter.

Terdapat juga kebimbangan sebahagian daripada garisan pantai sekarang boleh runtuh dan mencetuskan letupan. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast