Wee Ka Siong dan Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong secara terbuka mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat.

Cabaran itu dikemukakan ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat berlangsung.

“Saya sedia berdebat dengan (Ahli Parlimen) Bagan, dulu kata saya tak layak jadi Presiden MCA. Sekarang saya cabar (Ahli Parlimen Bagan), satu jam kita boleh bincang apa-apa program,’ katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Bagan itu di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Ka Siong tidak menyatakan tarikh dan tempat perdebatan itu akan mengambil tempat.

Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada ketika itu membenarkan Guan Eng untuk mencelah dengan menyambut cabaran itu.

“Saya terima cabaran daripada menteri, bila-bila sila tetapkan masa. Saya akan datang,” kata Guan Eng sambil menerima tepukan daripada ahli-ahli Parlimen.

Guan Eng pada mulanya menyatakan status kehilangan pelaburan luar negeri daripada projek Apricot, Facebook dan Google dan anggaran RM12-15 bilion oleh MDEC.

Ia koran dasar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membatalkan pengecualian kabotaj untuk syarikat teknologi tinggi yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette