Brad Maloney

KUALA LUMPUR – Jurulatih skuad remaja negara, Brad Maloney memanggil lima muka baharu dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 2 sebagai persiapan ke Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Ulaanbaatar, Mongolia, hujung bulan depan.

Lima muka baharu itu adalah Ahmad Zikri Mohd Khalili, Aidil Azuan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azam Azmi Murad dan K Thivandaran.

Maloney mengekalkan seramai 16 pemain daripada 24 pemain yang dipanggil pada kem latihan Fasa 1 awal bulan lalu iaitu tiga penjaga gol iaitu Firdaus Irman Fadhil, Azri Ab Ghani dan Syed Nasrulhaq Syed Bidin.

Tiga belas lagi pemain yang kekal termasuklah Azrin Afiq Rusmini, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel Zaaim, Khairi Suffian Khaineyusri, T Saravanan, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan, Firdaus Ramli, Umar Hakeem Suhar Rezwan, Chia Ruo Han, Alif Abdul Mutalib, Shafi Azswad Sapari, Syafik Ismail dan Azhad Harraz Arman.

Empat lagi pemain adalah mereka yang disenaraikan pada Fasa 1 sebelum ini tetapi tidak dapat menyertainya iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Hairiey Hakim Mamat, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri dan Aiman Afif Md Afizul.

Skuad kendalian Maloney akan menjalani latihan pusat Fasa 2 di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebelum skuad akhir 23 pemain dijadual terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober.

Dalam masa sama, senarai akhir terbabit turut menampilkan empat pemain kebangsaan iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Hakimi Abdullah, Quentin Cheng dan juga Luqman Hakim Samsudin.

Empat pemain terbabit akan menyertai skuad Bawah 20 tahun (B-20) negara selepas mereka menyelesaikan tugasan bersama skuad senior bagi dua perlawanan persahabatan bertemu Jordan dan Uzbekistan.