Pengarah PERKESO Pahang, Tarmizi Mokhtar (kiri) bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan  dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Datuk Seri Mohd Johari Hussain (tengah) pada sidang media selepas Majlis sambutan Jubli Emas PERKESO 50 tahun Peringkat Pejabat PERKESO Bera, Pahang hari ini.

BERA –  Sebanyak 1,041 kes berkaitan Covid-19 telah berjaya dituntut oleh pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang.

Pengarahnya, Tarmizi Mokhtar bekata, jumlah keseluruhan bayaran faedah Covid-19 kepada pencarum itu berjumlah RM820,603.

Menurut statistik, katanya, sebanyak 24 wakil pencarum PERKESO Pahang yang terlibat dalam kes kematian telah menerima manfaat dan faerah perlindungan.

Tambah Tarmizi, pihaknya juga masih memproses banyak lagi tuntutan pencarum berikutan peningkatan permohonan dan ia diproses secara berperingkat.

Pihaknya berharap agar majikan dan pekerja yang menjadi ahli PERKESO menerima pelbagai manfaat terutamanya pada musim pandemik ini.

“Sekiranya berlaku kemalangan, apabila pekerja mendapat cuti pesakit melebihi empat hari cuti sakit, PERKESO akan membayar faedah kerana terdapat majikan  tidak membayar gaji pekerja jika tidak hadir bekerja.

“Kami turut membayar kes jangkitan Covid-19 di tempat kerja  jika pekerja terkena jangkitan daripada kluster tempat kerja, maka PERKESO membayar cuti sakit termasuk pekerja yang di kuarantin,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui selepas sambutan Jubli Emas PERKESO 50 tahun Peringkat Pejabat PERKESO Bera hari ini.

Majlis sambutan berlansung di Dewan Sri Kempas, Ibupejabat Polis Daerah Bera petang tadi dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan  dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norul Azali Sulaiman. – MalaysiaGazette