civil servants antivaxxer antivaxxers Healthcare worker injecting the AstraZeneca Covid-19 vaccine on a civilian during the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 SEPTEMBER 2021.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 20,202,624 individu atau 86.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Ini bermakna berbaki 3.7 peratus lagi diperlukan untuk negara mencecah 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat akan dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi lengkap dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, setakat semalam juga, sebanyak 94.2 peratus atau 22,042,703 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – MalaysiaGazette

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 52,774 atau 1.7 peratus daripada mereka telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 329,163 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam.

Ia melibatkan 167,443 dos pertama dan 161,720 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 43,696,743 dos. – MalaysiaGazette