ACP Noor Dellhan Yahaya

KUALA LUMPUR – Satu sindiket penipuan yang mengambil kesempatan tempias dalam keadaan ekonomi merudum akibat pandemik sekarang berjaya ditumpaskan.

Mereka memperdaya orang ramai dengan menawarkan pekerjaan dengan menjanjikan gaji lumayan di atas talian.

Sebuah premis terletak Jalan Ampang di sini dijadikan  markas operasi pusat panggilan sindiket itu akhirnya digempur polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, semua bermula selepas pihaknya  mengesan satu kes penipuan yang menawarkan pekerjaan secara atas talian.

Pihaknya telah melakukan serbuan ke premis berkenaan semalam selepas bertindak atas maklumat yang diterima.

“Hasil dari serbuan, kami telah menahan lima individu warganegara tempatan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita manakala dua lagi warganegara asing terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berumur antara 18 tahun sehingga 26 tahun dipercayai terlibat dengan kegiatan penipuan tawaran kerja atas talian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, rentetan itu, polis menerusi pemeriksaan di premis yang sama berjaya merampas 53 unit telefon bimbit dan lima komputer riba pelbagai jenama.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati sindiket iberkenaan telah beroperasi selama hampir sebulan.

“Setakat ini, mangsa penipuan tawaran kerja atas talian ini masih belum dikenalpasti tetapi kesemua tangkapan berkenaan telah direman selama dua hari bagi tujuan siasatan lanjut.- MalaysiaGazette