Orang awam diberi suntikan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 23 SEPTEMBER 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mencatatkan penurunan jangkitan harian positif Covid-19 apabila hari ini merekodkan sebanyak 10, 915 kes berbanding 11,889 semalam.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,268,499 kes ketika ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 2,121 dengan jumlah keseluruhan di negeri itu sebanyak 214,158 kes.

Berikut adalah pecahan mengikut negeri dan kumulatifnya yang telah dikongsikan oleh Noor Hisham sebentar tadi;

Selangor dilaporkan mempunyai 1,386 kes diikuti Kelantan (1,288), Johor (1,124), Perak (862), Terengganu (818), Sabah (784), Penang (768), Kedah (574), Pahang (504), Melaka (216), Negeri Sembilan (211), Kuala Lumpur (171), Perlis (58), Putrajaya (26) dan Labuan (empat). – MalaysiaGazette