ADUN Peramu jaya, Datuk Seri Sheikh Puzi Sheikh Ali menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Covid-19 kepada 23 pemandu bot pelancong di Pekan, Pahang baru-baru ini.

PEKAN – Kerajaan Pahang memperuntuk sebanyak RM74,200 melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Covid-19 kepada 742 pemandu pelancong dan pemandu bot pelancong yang aktif di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sheikh Puzi Sheikh Ali berkata, kerajaan negeri prihatin kepada nasib mereka yang merupakan sebahagian pemain industripelancongan telah terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan negeri melalui Tourism Pahang  juga mengagihkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP ) Covid-19 Fasa 2 kepada pemandu-pemandu bot pelancong daerah Pekan di Komplek Pelancongan Kuala Chini.

“Bantuan berupa wang tunai telah juga melibatkan melibatkan 742 orang penerima seluruh Pahang termasuk pemandu-pemandu pelancong.

“Manakala pemberian di Pekan pula melibatkan seramai 23 orang penerima iaitu terdiri daripada pemandu-pemandu bot pelancong,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Jelas Sheikh Puzi,  bantuan berkenaan serba sedikit diharap dapat meringankan beban mereka yang tidak beroperasi akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan seluruh negara sejak pertengahan Mei lepas.

Justeru beliau berharap pemandu pelancong dan pemandu bot pelancong  terus memainkan peranan dalam mempromosi semua destinasi menarik di Pahang. – MalaysiaGazette