Pekerja Alam Flora mengasingkan bahan kitar semula untuk diproses di Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Dua Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula yang beroperasi di sini merupakan menjadi perintis di Pahang dalam menggalakkan orang ramai mengenai kesedaran pengurusan sisa.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Sharudin Hamid berkata, selepas ini pusat yang sama akan dibina di daerah-daerah lain di negeri itu.

Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula di Taman Gelora beroperasi pada Selasa, khamis, dan Sabtu bermula 9 pagi hingga 4 petang

Menurutnya, orang ramai mulai sedar mengenai kepentingan pengurusan dan pengasingan sisa.

Projek yang dikenali Buy Back Centre’ (BBC) itu akan diperluaskan memandang pusat yang ada di sini berjaya mengutip kira-kira tiga tan barangan kitar semula walaupun baru dua hari beroperasi.

Pengguna sedang menimbang barangan kitar semula yang boleh dijual diPusat Belian Semula Barangan Kitar Semula di Kuantan, Pahang hari ini.Jelas Sharudin, kedua-dua Pusat Belian Barangan Kitar Semula di Taman Gelora dan berhampiran Stadium Darul Makmur itu  beroperasi  bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Jelasnya, masyarakat semakin menyedari kepentingan menjaga alam sekitar dengan melakukan pengasingan sisa pepejal dan barangan yang boleh dikitar semula.

“Harga belian semula berubah-ubah, ia mengikut harga semasa seperti minyak masak dibeli pada harga RM1.80, aluminium RM2.50, kertas hitam putih dan majalah 25 sen, plastik 40 sen untuk sekilogram.

“BBC Taman Gelora pula dibuka pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu manakala BBC Stadium Darul Makmur beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Saharudin, pusat belian semula tersebut itu juga diperluas daripada kejayaan program #ThrashToCash yang dilancarkan pihaknya sejak tahun lalu.

“Dahulu orang ramai perlu menunggu lori dan mengumpul barang kitar semula di kawasan perumahan mereka tanpa mendapatkan wang tunai.

“Selain membantu mereka membuang barang yang tidak boleh digunakan lagi dan mengosongkan ruang rumah, mereka boleh datang sendiri membawa sampah untuk ditukarkan dengan wang tunai sambil menambah pendapatan sampingan,” kata Saharudin.

Dalam pada itu, kesemua barang kitar semula akan diproses di tapak pelupasan Sungai Karang, Kuantan dan kini hampir 45,000 tan barangan kitar semula berjaya dikumpulkan di seluruh Pahang.

Jumlah barangan tersebut bernilai RM22,000 telah dikumpul dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. – MalaysiaGazette