Ridhuan Tee Abdullah
Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di seluruh negara  tidak boleh dibantu dan diiktiraf  kerana Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) keluarannya tidak mengikut Perlembagaan.

Ahli akademik, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, sejak awal lagi, SMPC telah mengambil keputusan tidak mahu menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan tidak menyertai arus pendidikan kebangsaan.

Malah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu menegaskan, SMPC bertegas menggunakan Bahasa Cina sebagai medium dan mempersoalkan kenapa sekolah masih dilayan kerajaan.

“Kewujudan SMPC turut menghalang ruang dan peluang pelajar Cina yang berada di SMJKC serta keengganan SMPC untuk diserap masuk ke SMJKC sudah jelas menunjukkan mereka amat degil dan keras kepala.

“Bacalah sejarah pengasas kepada NGO (pertubuhan bukan kerajaan) rasis ini dan SMPC, kenapa pengasas ini telah ditarik kewarganegaraannya? Salah satunya memperjuangkan sekolah rasis.

“Setiap kali NGO rasis ini terus mendesak agar kewarganegaraannya diberikan semula meskipun mendiang telah tiada” katanya dalam hantarannya Facebook miliknya.

Pada Jumaat lalu, Pertubuhan Pendidikan Cina, Dong Zong mendedahkan 63 buah Sekolah SMPC di seluruh negara telah mendapat peruntukan sebanyak RM15 juta dari kerajaan tahun ini.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, SMPC di seluruh negara menerima peruntukan dari Kementerian Kewangan yang disalurkan sejak beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Ridhuan menegaskan, SPMC tidak mengikut kurikulum aliran kebangsaan seperti yang ditetapkan olah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) malah SJKC itu sendiri walaupun kepunyaan kerajaan tetap tidak mengikut arahan KPM sepenuhny, kerana turut ‘diuruskan’ oleh NGO ultra kiasu yang sama.

Dakwa beliau, operasi SMPC adalah dikelolakan oleh NGO rasis, sama ada kurikulum mahu pun kokurikulum kerana kiblat SMPC bukan negara ini tetapi negara China (Taiwan).

“Cuba kaji mata pelajaran sejarah mereka. Cuba buat tinjauan bagaimana guru-guru mereka mengajar mata pelajaran BM dan sejarah. Begitu juga subjek lain.

“Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah SMPC jauh menyimpang daripada ketetapan KPM dan pengajaran dan pembelajaran SMPC bukan membawa kepada pembinaan negara bangsa tetapi pembinaan bangsa

“Wajarkah sekolah sebegini wujud sedangkan murid lebih menguasai Bahasa sendiri daripada Bahasa kebangsaan. Malah kedudukan Bahasa kebangsaan berada di tempat ketiga. Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris lebih diutamakan daripada Bahasa kebangsaan,” katanya lagi.

Mohd. Ridhuan turut memohon parti-parti komponen dalam kerajaan  bersuara dan jangan terus berdiam diri.

“Rakyat sedang memandang dan menilai kamu. Tidak mustahil kamu akan diajar ketika PRU-15 nanti. Jangan tenggelam di puncak kuasa.

“Paling kurang buatlah kajian dan penyelidikan ke atas institusi pendidikan perkauman ini. Adakah produk-produk ini berjaya melahirkan warganegara dalam mencapai matlamat pembinaan negara bangsa?

“Apakah kita mahu mereka meneruskan legasi pengasas sekolah dan NGO ultra kiasu yang telah ditarik kewarganegarannya? Buatlah kajian…

“Meskipun bantuan tersebut diambil daripada cukai judi, arak, pub, babi dan sebagainya yang tidak halal, ia tetap tidak boleh mengesahkan dan menghalalkan bantuan tersebut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette