Rozali.

SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah merangka beberapa pelan tindakan pra Fasa tiga bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya Pulau Pinang beralih ke tersebut dalam masa terdekat.

Sebagai persedian MBSP telah menetapkan garis panduan melibatkan pengoperasi pasar awam, kompleks makanan MBSP, pasar malam, pasar tani, uptown , taman rekriasi dan bangunan strata.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, pasar awam dan medan selera kendalian pihak berkuasa tempatan itu akan dikawal oleh anggota dan penguatkuasa MBSP untuk memastikan individu yang berisiko tidak terlepas masuk ke dalam kawasan perniagaan itu.

Kata beliau, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat daripada peraturan sebelum ini akan dibuat, selain memastikan orang ramai melakukan rutin wajib dengan membuat pemeriksaan suhu, imbas maklumat di aplikasi MySejahtera atau menulis maklumat pada buku rekod disediakan.

Jelas Rozali, mulai 1 November semua peniaga dan pembantu diwajibkan selesai mendapatkan kedua-dua vaksin dan pihak penganjur juga perlu memberikan laporan status vaksinasi semua peniaga terlibat untuk tindakan lanjut daripada MBSP.

“Setakat ini MBSP telah mengenal pasti 14 buah pasar awam hotspot di kawasan Seberang Perai yang perlu diberi perhatian khusus agar pusat perniagaan terbabit tidak lagi ditutup berikutan penularan wabak Covid-19 yang pernah berlaku sebelum ini.

“Semua peniaga, pekerja dan pelanggan di pasar awam hotsopt mestilah sudah selesai mendapatkan kedua-dua dos suntikan vaksin lengkap sebelum berniaga manakala hanya pelanggan berstatus ‘low risk’ serta ‘casual contac low risk’ dibenarkan masuk.

“Pemantauan pematuhan SOP akan ditingkatkan lagi di semua pasar awam itu namun sekiranya berlaku ketidak patuhan atau pelanggaran SOP, MBSP akan terus kenakan tindakan penutupan tiga hari terhadap peniaga terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Rozali, pihaknya akan menempatkan anggota untuk kawalan statik di beberapa taman rekreasi di sini yang sering menrima kunjungan ramai pada waktu tertentu.

Kawasan yang terlibat ialah Taman Rekreasi Taman Tunku, Taman Rekreasi PBAPP Bukit Do, Robina Eco Park, Pantai Bersih dan Vission Park Bertam.

“Selain itu, kawalan secara berkala juga akan dibuat di 17 lokasi taman rekreasi lain serta 925 kawasan lapang di Seberang Perai.

“Hanya mereka yang lengkap dengan dua dos suntikan vaksin sahaja boleh melalukan aktiviti di taman rekreasi dan kawasan lapang awam manakala kanak-kanak bawah umur 17 tahun dibenarkan turut bersama dengan syarat mereka bersama waris atau ibu bapa yang turut lengkap menerima vaksin.

“Alat permainan serta peralatan gym yang disediakan boleh digunakan dengan syarat pengunjung mengamalkan penjarakkan fizikal ketika beriadah di kawasan itu,” kata Rozali. – MalaysiaGazette