Orang ramai meluangkan masa melakukan aktiviti riadah selepas kerajaan membenarkan aktiviti tersebut dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.
Orang ramai meluangkan masa melakukan aktiviti riadah selepas kerajaan membenarkan aktiviti tersebut dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.

MELAKA – Pengunjung Pantai Klebang di sini rata-rata melahirkan rasa gembira kerana kini sudah dibenarkan menjalani aktiviti riadah sejak Jumaat lalu.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati ibu bapa teruja melihat keletah anak-anak mereka yang riang bermain dengan pasir dan buih sabun di pantai.

Pengunjung, Noriman Shaari, 35 ditemu ramah mengenai kerajaan membenarkan aktiviti riadah dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.
Noriman Shaari.Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.

Noriman Shaari, 35, yang membawa dua anaknya beriadah di pantai berkata, ia merupakan langkah untuk mengembalikan keriangan anak-anaknya setelah lama terperuk dalam rumah.

“Gembira. Alhamdullilah dapat masuk fasa ketiga dan kita kena jagalah penjarakan sosial.

“Anak-anak nampak tertekan dengan sebab duduk di rumah, saya dengan kerja sendiri lagi. Sekarang syukurlah dapat buat kerja-kerja saya macam dahulu.

“Anak-anak nampak mereka seronok dan gembira dapat keluar masa macam-macam ini,” katanya.

Pengunjung, Mohd Huzaifah Jani ditemu ramah mengenai kerajaan membenarkan aktiviti riadah dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.
Mohd Huzaifah Jani . Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.

Bagi bapa kepada tiga anak, Mohd Huzaifah Jani, hari ini kali pertama beliau  membawa anak-anaknya keluar beriadah.

Katanya, keyakinannya berbuat demikian berdasarkan kepada kadar vaksinasi yang hampir mencapai 90 peratus di seluruh negara.

“Kita boleh bawa anak-anak keluar tapi macam mana pun tetap kena jaga dan patuh SOP (prosedur operasi standard). Dekat tiga bulan juga anak-anak duduk rumah, memang tak berjalan-jalan ke mana-mana. Kami nak bagi anak-anak gembira dan biarkan mereka main-main dekat sini,” katanya.

Pengunjung, Jamal Bahari, 64 ditemu ramah mengenai kerajaan membenarkan aktiviti riadah dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.
Jamal Bahari. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.

Lensa MalaysiaGazette turut tertumpu kepada seorang datuk yang membawa dua cucunya untuk beriadah di pantai ini.

Menurut Jamal Bahari, 64, beliau tersentuh apabila melihat kedua cucunya asyik bermain dengan pasir selepas lama tidak dibenarkan keluar rumah.

Katanya, pada mulanya anaknya risau untuk membenarkannya dan isterinya membawa cucu mereka ke pantai namun akhirnya memberi kebenaran kerana kasihan mereka sudah lama tidak berbuat demikian.

“Dengan apa yang telah diberikan, mudah-mudahan apa yang kita dapat kelonggaran hari ini akan berterusan supaya Covid-19 akan hilang.

“Mereka memang teruja dapat keluar, sudah lama tidak keluar dan rasa sangat suka. Mula-mula ibubapa mereka risau juga pada permulaan itu tapi bila dah tengok orang jaga SOP, jadi saya ikut sahaja,” jelasnya.

Peniaga mula berniaga selepas kerajaan membenarkan aktiviti riadah dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.
Peniaga mula berniaga selepas kerajaan membenarkan aktiviti riadah dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.

Kemeriahan pengunjung turut membawa limpahan rezeki kepada peniaga di sepanjang Pantai Klebang.

Menurut peniaga, Suzi A Razak bersyukur kerajaan membenarkan aktiviti riadah dijalankan di kawasan pelancongan kerana ia merupakan punca pendapatan dia sekeluarga.

Tambah Suzi, walaupun hanya mengharapkan pelancong dalam negeri namun ia cukup untuk menampung keperluan keluarganya.

“Setakat ini kami syukur sebab sudah boleh mula berniaga, kita dapatlah kumpul hasil walaupun tidak dapat rentas negeri. Kita cuma boleh harapkan orang Melaka sahaja, hasil jualan berbeza sangat dengan yang dahulu.

“Sambutan sangat menggalakkan sebab orang sudah lama tak keluar beriadah, syukur dengan sokongan yang kami dapat daripada orang Melaka,” luah peniaga berusia 38 tahun itu.

Peniaga, Noraini Bakar, 53 ditemu ramah mengenai kerajaan membenarkan aktiviti riadah dalam tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Klebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.
Noraini Bakar. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2021.

Nada sama turut diluahkan Noraini Bakar, 53, yang juga seorang peniaga.

Ujarnya, perniagaan menjual mainan di sekitar pantai ini sudah semakin pulih selepas tiga bulan tidak beroperasi.

“Selama ini perniagaan dah semakin pulih dan semakin berjalan lancar, saya sudah lama tidak berniaga jadi dapat buka, saya syukur sangat.

“Sambutan baik sebab orang dah semakin ramai, saya sudah tiga bulan berniaga dan baru buka perniagaan. Pendapatan saya sudah semakin baik setakat ini,” katanya.

Pada minggu lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Lembah Klang, Melaka dan Kedah berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi jawatankuasa khas berkenaan memaklumkan Lembah Klang membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Melaka beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3 manakala Kedah beralih dari Fasa 1 kepada Fasa 2. – MalaysiaGazette