Sulu Royal Army evade Sabah attack Southern Philippines militia #ReopeningSafely interstate travel Reopening Safely
Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka mencapai sasaran vaksinasi dewasa 90 peratus dalam beberapa hari lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, sehingga semalam, kadar peratusan vaksinansi telah pun mencecah 88.74 peratus.

“Kita punya tagline dalam hal ini adalah  #ReopeningSafely (buka dengan selamat). Jadi, kita jangan tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan tanpa sasaran yang tepat…dan ia mesti disandarkan kepada data.

“Kalau 90 peratus sudah ditetapkan oleh semua pihak, kita kena pastikan sasaran ini dicapai dalam masa terdekat…kita tunggulah pengumuman Perdana Menteri nanti,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Hasil Sumbangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melalui Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan (MAFI), di Padang Kawad, Kementah di sini, hari ini.

Beliau menjawab demikian ketika ditanya mengenai pengumuman rentas negeri yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Hishamuddin berkata, kerajaan cukup berhati-hati dan mengambil tanggungjawab bagi memastikan tahap vaksinasi yang dikehendaki tercapai demi kesejahteraan rakyat.

Jelas beliau, penetapan itu tidak akan berubah dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenainya.

Tambah beliau, penetapan kadara 90 peratus tahap vaksinasi itu dibuat berdasarkan kajian dan pertimbangan saintifik yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak.

“Sebab itu apa yang kita lakukan sejak kebelakangan ini banyak berkisar kepada pertimbangan-pertimbangan data dan saintifik.

“Saya puas hatilah perjalanan kita dalam berhadapan dengan Covid-19 ketika ini…kita berdoa dan berharap dengan kelongaran-kelongaran baharu ini jumlah Covid-19 tidak meningkat…tekanan kepada wad di ICU tak bertambah dan disiplin orang ramai terhadap SOP juga tak berubah,” katanya. – MalaysiaGazette