Friday, April 26, 2024
Home Sukan Berhenti mempolitikkan kenyataan perkauman – Lian Ker

Berhenti mempolitikkan kenyataan perkauman – Lian Ker

S. Kisona.
KUALA LUMPUR – Insiden seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara baru-baru ini tidak mencerminkan pendirian sesebuah parti atau kumpulan tertentu.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, semua pihak diminta berhenti mempolitikkan insiden tersebut.
“Janganlah kita mempolitikkan satu insiden semata-mata untuk menyemarakkan lagi api kemarahan.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan P. Prabakaran (PH-Batu) yang mahu supaya bidang sukan, warna kulit tidak dibangkitkan kerana apa yang lebih penting adalah kualiti atlet.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran yang didakwa berbaur perkauman ditulis seorang pemilik akaun Facebook, terhadap pemain badminton perseorangan negara S Kisona selepas pemain itu tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.
Hantaran Facebook itu menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat termasuk kecaman daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengutuk perbuatan terbabit. – MalaysiaGazette