KUALA LUMPUR – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang menjalankan
Survei Indikator Isi Rumah Nasional (NHIS) bermula September hingga
November 2021.

Survei ini meliputi tempat kediaman terpilih di seluruh negara yang bertujuan untuk membekalkan maklumat bagi penyusunan indikator Sustainable Development Goals (SDGs), Civil Registration and Vital Statistics (CRVS) dan Gender serta Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia.

Dapatan survei ini akan menjadi input dalam penggubalan dasar, pemantauan dan
penilaian keberkesanan program pembangunan negara serta pemantauan
kemajuan SDG di peringkat nasional.

Justeru, DOSM menghargai kerjasama daripada responden yang
terpilih untuk memberikan maklumat kepada pegawai DOSM serta menjayakan
survei ini. – MalaysiaGazette