Wednesday, April 24, 2024
Home Politik Tidak perlu parti politik baharu wakil Melayu – Mahdzir Khalid

Tidak perlu parti politik baharu wakil Melayu – Mahdzir Khalid

Datuk Seri Mahdzir Khalid. Foto HAFIZ SOHAIMI,01 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Tidak perlu banyak parti politik yang mewakili kaum Melayu dalam negara ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Katanya, kewujudan banyak parti politik Melayu hanya akan menyebabkan orang Melayu berpuak-puak.

“UMNO satu sudah cukup, ni kalau buat bagi banyak lagi, kita akan berpuak-puak.

“Ikutlah pakat-pakat dalam satu organsisasi,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah semalam  yang mengetuai mesyuarat dengan sekumpulan veteran UMNO bagi membincangkan usaha mewujudkan ‘UMNO lama’.

Menurut bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu, pertemuan tersebut susulan kebimbangan dalam kalangan veteran parti tersebut terhadap situasi semasa politik negara ketika ini.

Mahdzir berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan parti politik baharu sebaliknya memadai yang sedia ada.

“Orang Melayu yang banyak sangat parti ni, rakan-rakan kaum Cina dan India tidak sebanyak orang Melayu. Tak tau lah apa matlamat mereka (tubuh parti baharu),” katanya.-MalaysiaGazette