safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Turut sama ditahan adalah pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

Berdasarkan laporan kes, serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Ketika serbuan dijalankan, semua mereka berada dalam bilik berasingan.