Foto The Independent.

MILAN – Perancis bangkit daripada ketinggalan untuk menjulang Liga Negara-Negara UEFA buat pertama kali selepas menewaskan Sepanyol 2-1 pada aksi final di sini, awal pagi tadi, lapor Daily Mail.

Karim Benzema dan Kylian Mbappe menjaringkan gol untuk pasukan juara Piala Dunia itu selepas Sepanyol lebih awal berada di depan menerusi jaringan Mikel Oyarzabal pada pertengahan perlawanan.

Mbappe meledak gol ketika perlawanan berbaki 10 minit untuk memenangi gelaran buat juara dunia itu.

Kemenangan itu memberi keceriaaan kepada Perancis apabila tersingkir awal daripada Euro 2020 di tangan Switzerland.

Sementara itu, Itali memenangi tempat ketiga selepas menewaskan Begium 2-1. – MalaysiaGazette