Home Nasional Rakaman aksi polis cuba tahan suspek tular

Rakaman aksi polis cuba tahan suspek tular

KUALA LUMPUR – Video sepasukan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta dalam usaha menahan seorang suspek dalam kejadian di Menggatal, Sabah hari ini tular.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu dilaporkan berlaku di hadapan sebuah restoran dan sempat dirakam oleh orang awam sebelum tular di laman sosial.

Menerusi rakaman berkenaan, pasukan polis cuba menahan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna merah.

Difahamkan, usaha penahanan suspek bagi satu kes melibatkan dadah.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan tidak memberi kerjasama sehingga memaksa pihak berkuasa menghalang kenderaan suspek.

Ada juga anggota polis cuba memecahkan cermin kereta yang dinaiki suspek.

Bagaimanapun suspek bertindak agresif dengan merempuh penghadang jalan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dan pasukan polis terus mengejar suspek.- MalaysiaGazette