ACP Noor Dellhan Yahaya

 

KUALA LUMPUR – Seramai tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat Bukit Bintang, semalam.

Kejadian itu tular menerusi dua video yang dinaikkan oleh pemilik akaun Twitter NanManjoi8715.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Noor Dellhan Yahaya berkata, ketiga-tiga lelaki itu berusia antara 32 hingga 52 tahun direman selama dua hari mulai semalam.

Kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat pendakwa raya apabila siasatan selesai dijalankan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak menularkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran orang awam.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600222 atay hotline polis Kuala Lumpur 03-21159999. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.