Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mahu kerajaan membuat keputusan segera mengenai isu pengeluaran i-Citra tanpa menunggu pembentangan Belanjawan 2022.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya konsisten dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sekaligus.

“Ya, saya dan Pemuda UMNO tidak pernah berhenti untuk terus mendesak dan follow-up juga follow-through mengenai #TuntutanRAKYAT kepada kerajaan terutamanya Menteri Kewangan agar mempercepatkan keputusan tersebut (tidak perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022) kerana rata-rata rakyat dalam keadaan terdesak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Asyraf, walaupun ada juga suara-suara yang mahukan pihaknya memperjuangkan isu yang berkaitan jangka panjang tetapi baginya apa yang penting sekarang rakyat perlukan jaminan keselamatan jangka pendek seperti i-Citra tersebut.

“Ada yang sinis mengatakan bahawa Pemuda UMNO kena fikirkan desakan lain kepada kerajaan seperti mewujudkan peluang-peluang pekerjaan pasca pandemik.

“Inipun saya setuju cuma sebagaimana hujahan saya sebelum ini, selain pendekatan jangka panjang tersebut; rakyat perlukan safety net atau jaminan jaringan keselamatan jangka pendek seperti kebenaran mengeluarkan sebahagian kecil daripada simpanan hari tua mereka bagi membolehkan mereka bernafas dalam keadaan pandemik dan memulakan kehidupan baharu selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda UMNO sebelum konsisten kemukakan sepuluh #TuntutanRAKYAT dan antaranya seperti segerakan Bantuan Khas Covid, permudahkan proses permohonan dan rayuan tanpa kerenah birokrasi, penentuan had pendapatan berdasarkan data terkini, tambah baik i-Citra, penawaran moratorium tanpa kenakan faedah terakru, perluaskan juga moratorium kepada agensi kerajaan dan bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast