Letusan gunung berapi di La Palma musnahkan sebahagian kediaman penduduk setempat. Foto - BBC News

Madrid – Kira-kira 700 hingga 800 penduduk di Pulau La Palma, Sepanyol terpaksa dipindahkan ekoran letusan gunung berapi yang berterusan.

Sebelum ini seramai 6,000 penduduk telah dipindahkan.

Gunung Berapi Cumbre Vieja masih aktif meletus walaupun sudah memasuki hari yang ke-24.

Lava aktif selepas kawah di sebelah utara meletus pada hujung minggu lalu melimpahkan aliran panas meliputi kawasan seluas 595 hektar  kawasan di pulau itu

Letusan gunung itu telah menyebabkan kira-kira 1,281 bangunan musnah dan lava itu telah menghasilkan pembentukan sekitar 60 hektar tanah baharu.

Aliran baharu yang berlaku pada Isnin lalu telah memusnahkan sebuah kilang simen di kawasan perindustrian menyebabkan 3,500 orang dari bandar El Paso dan Los Llanos de Aridane terpaksa tinggal di dalam rumah untuk tempoh sementara kerana gas berbahaya.

Gunung itu dijangka terus aktif susukan pengukuran sulfur dioksida dan rantaian gempa kecil yang berterusan.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata, bantuan kecemasan yang akan disalurkan.

Sebanyak  206 juta euro (AS$237.8 juta) diperuntukkan sebagai bantuan pemindahan dan ekonomi bagi pulau berkenaan yang bergantung kepada industri pelancongan dan tanaman pisang. – Xinhua.