Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR – Skuad muda negara mara ke suku akhir Piala Thomas selepas menewaskan Kanada 5-0 di Arena Ceres, Aarhus, Denmark awal pagi tadi.

Menepati ramalan, juara All England Lee Zii Jia hanya beraksi 38 minit untuk mengalahkan pemain nombor 39 dunia, Brian Yang 21-18, 21-13 sebagai mata pertama negara.

Juara beregu campuran Sukan Olimpik Remaja 2014 yang juga pemain nombor 70 dunia, Cheam June Wei tampil yakin menyingkirkan pemain olimpik, Jason Anthony Ho-Sue yang menduduki kedudukan 46 dunia dengan 21-14, 21-14 untuk mata kedua negara.

Pemain perseorangan ketiga, Ng Tze Yong mengesahkan kelayakan Malaysia ke suku akhir apabila menyumbang mata ketiga buat negara setelah menewaskan B.R Sankeerth dengan mendapat tentangan sengit pada set kedua 21-7, 21-19.

Meneruskan penampilan cemerlang, beregu pertama negara , Soh Wooi Yik dan Nur Izzudin Mohd Rumsani mudah mengatasi Philippe Charron-Maxime Tetreault untuk menghadiahkan mata keempat negara dengan 21-7, 21-10 hanya dalam 25 minit.

Gandingan Aaron Chia-Goh Sze Fei menyudahkan mata kelima negara dengan membenam beregu B.R Sankeerth dan Nyl Yakura 21-14, 21-13 dalam masa 31 minit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast