Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar (tengah) dan pengurusan tertinggi MEDAC mengadakan lawatan rasmi dan sesi pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi membincangkan perkembangan semasa ANGKASA sebagai badan apeks koperasi dalam merang di Wisma Ungku A. Aziz, Petaling Jaya, Selangor. Foto FARHAN MAHAMAD, 14 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (ANGKASA) melancarkan Program ANGKASA Virtual Run 2021 sempena Sambutan Jubli Emas penubuhan koperasi atasan itu yang ke-50.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penganjuran program larian secara maya ini dibuat dengan mengambil kira keadaan norma baharu di mana peserta boleh mengambil bahagian.

Jelas beliau, ianya boleh dilakukan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan seperti di rumah, kawasan taman perumahan mahu pun gimnasium .

Menurutnya, ANGKASA menyasarkan sebanyak 5,000 penyertaan individu dari seluruh negara untuk menyertai acara maya ini .

“Orang ramai boleh menyertai larian ini dengan memuat turun aplikasi JomRun di Google Playstore (Android) atau App Store (iOS) dan memilih ANGKASA Virtual Run 2021 pada aplikasi tersebut .

“Penyertaan telah dibuka bermula 1 Ogos lalu dan akan ditutup pada 31 Oktober ini di mana tempoh larian pula adalah dari 16 September lalu hingga 15 November depan,” katanya.

Majlis pelancaran Program ANGKASA Virtual Run 2021 itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar di Wisma Ungku Aziz di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast