Rina Mohd. Harun.

KUALA LUMPUR – Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menunjukkan bakat seni terpendam apabila muncul sebagai penyanyi jemputan menerusi lagu berjudul Syafaat sempena sambutan Maulidur Rasul minggu depan.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau bersama rakan Srikandi Bersatu Selangor mendedikasikan lagu itu untuk seluruh umat Islam.

Beliau turut memberitahu klip video penuh lagu Syafaat itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Alhamdulilah, bagi menyemarakkan sambutan hari Maulidur Rasul 1443H, saya bersama-sama rakan seperjuangan SRIKANDI BERSATU Selangor ingin mendedikasikan lagu “Syafaat” ini untuk seluruh Muslimin dan Muslimat.

“Insya-Allah, klip video penuh akan dilancarkan tidak lama lagi,” tulisnya. – MalaysiaGazette