Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan negara Lee Zii Jia gagal menghadiahkan mata pertama untuk negara dalam saingan suku akhir Piala Thomas yang berlangsung di Aarhus, Denmark ketika menentang Indonesia, malam ini.

Pemain kedudukan kelapan itu terpaksa akur dengan kekuatan jaguh perseorangan Indonesia yang menduduki kedudukan kelima dunia, Anthony Sinisuka Ginting setelah tewas 21-15 dan 21-17.

Juara All England 2021 itu membuka tirai perlawanan dalam saingan ke separuh akhir dengan beraksi dalam tempoh 51 minit setelah gagal menampilkan corak permainan yang sengit ketika menentang Anthony Ginting.

Misi skuad muda negara ke pentas separuh akhir masih diteruskan dengan empat lagi baki perlawanan yang bakal disaksikan hari ini.

Fokus tertumpu kepada pasangan beregu negara yang menduduki kedudukan kelapan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang kini sedang beraksi menentang beregu pertama dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Harapan lebih besar juga diletakkan ke atas bahu pemain perseorangan Ng Tze Yong  pada perlawanan ketiga sebagai membuka harapan untuk Malaysia mara ke separuh akhir. РMalaysiaGazette