Friday, December 13, 2024
Home Nasional Anwar tolak gaji, elaun Ketua Pembangkang, derma kepada orang miskin

Anwar tolak gaji, elaun Ketua Pembangkang, derma kepada orang miskin

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak sebahagian faedah dan kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji dan elaun bulanan.
Sebaliknya, Anwar berkata, dana itu akan didermakan kepada tabung rakyat miskin.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu, sebahagian daripada kemudahan bertaraf menteri yang diberikan terhadap beliau termasuk bayaran gaji bulanan berjumlah RM14,907.20 akan disalurkan kepada tabung rakyat miskin.

Anwar berkata, kemudahan itu sebahagian daripada kemudahan penuh yang diberikan kerajaan kepada seorang menteri membabitkan bayaran gaji bulanan dan elaun keraian sebanyak RM12,320.00 sebulan, bayaran khas berjumlah RM1,500 sebulan, elaun rumah sebanyak RM4,000 sebulan dan elaun selenggara rumah sebanyak RM833 sebulan.

“Elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun) pula sebanyak RM6,000, elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun) RM1,500, elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun) RM1,500 dan sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi

“Saya juga telah tegaskan kepada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan,” katanya di kenyataan itu yang dimuat naik dalam laman sosial Facebooknya malam tadi.

Sementara itu, Anwar mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan kerana bersetuju menambah baik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti mana-mana negara demokratik lain.
“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala,” katanya.
Beliau berkata, aspek semak imbang akan terus diperhebat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast