heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Malaysia mengesan tambahan 134 kes Covid-19 membabitkan varian membimbangkan (VOC) antara 7 Oktober sehingga 19 Oktober lalu, dengan 132 daripada adalah varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351).

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, VOC itu dikesan hasil kajian berterusan UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM), Malaysia Genome Institute (MGI) dan Institute for Medical Research (IMR).

“UMBI-UKM telah mengenalpasti sebanyak 79 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 10 kes varian Delta (B.1.617.2), TIDREC-UM telah mengenalpasti sebanyak 7 kes varian Delta (B.1.617.2).

“MGI telah mengenalpasti sebanyak sebanyak 1 kes varian Delta (B.1.617.2), manakala IMR telah mengenalpasti sebanyak sebanyak 37 kes iaitu 35 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua (2) kes varian Beta (B.1.351),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perincian mengenai kes VOC yang baharu itu menunjukkan 132 kes varian Delta dikesan di semua 12 negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Negeri Johor tertinggi dengan 43 kes, Negeri Sembilan 18, 15 ke di Melaka, masing-masing 13 kes di Kuala Lumpur, Sabah dan Selangor, enam kes di Pulau Pinang, Pahang empat kes, dua di Sarawak, dan satu kes di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis dan Wilayah Putrajaya.

Manakala dua kes varian Beta (B.1.351) dikesan di Pahang.

Untuk rekod, sebanyak 2,386 kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) dikesan di negara ini dengan 2,366 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. – MalaysiaGazette