Covid-19 cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 meningkat sedikit hari ini dengan mencatatkan sebanyak 5,745 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah itu meningkat sebanyak 311 kes berbanding 5,434 semalam.

“Kadar positif jangkitan hari ini adalah 3.77 peratus (5,745 kes).

“Kesedaran orang ramai amat penting untuk dapatkan vaksin, patuh kepada SOP dan jalankan ujian RTK-Ag berkala,” katanya di Twitter hari ini.

Dengan jumlah itu, kadar kumulatif kes positif di negara ini kini pada paras 2,401,866 kes. – MalaysiaGazette