Foto: Fecebook

LONDON – Vaksin Covid Valneva didapati berkesan terhadap sistem imunisasi bagi melawan koronavirus, menerusi keputusan ujian fasa ketiga yang dilakukan.

Ujian darah sukarelawan yang menerima suntikan menunjukkan tahap tinggi antibodi yang meneutralkan virus pandemik itu, lapor BBC.

Ia mengatasi vaksin AstraZeneca dalam ujian yang dilakukan terhadap kedua-dua vaksin tersebut.

Pembuat vaksin Covid Valneva yang dihasilkan di Scotland itu sedang memohon kelulusan pengawal selia.

Ia adalah vaksin virus keseluruhan yang tidak aktif, bermaksud ia mengandungi versi koronavirus yang tidak boleh menyebabkan penyakit.

Kaedah pembuatannya sama dengan vaksin selesema dan polio.

Syarikat farmaseutikal Perancis, Valneva berkata, vaksin tersebut mempunyai ‘kadar antibodi pembangunan spesifik dalam serum darah melebihi 95 peratus’ dan tidak terdapat kes Covid yang akut dalam ujian walaupun terdapat varian yang merebak, seperti Delta.

Ketua Penyiasat, Prof. Adam Finn dari University of Bristol dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu adalah ‘menakjubkan sangat menggalakkan’.

“Keputusan ini mencadangkan vaksin ini berada di landasan betul untuk memaninkan peranan penting dalam mengatasi pandemik,” katanya.

Valvena berharap menerima kelulusan awal untuk menyuntik mereka yang berumur antara 18 hingga 55 tahun, berdasarkan umur mereka yang terlibat dalam ujian yang dijalankan itu.

Syarikat itu berkata, ia telah memulakan proses mendapatkan kelulusan vaksin dengan pengawal selia kesihatan UK dan sedang bersedia untuk menyerahkan permohonan kepada Agensi Perubatan Eropah.

Valneva berkata, kerajaan UK telah menyerahkan notis mengenai dakwaan pelanggaran perjanjian kepada firma itu.

Pembuat vaksin tersebut menafikan sekeras-kerasnya sebarang pelanggaran perjanjian.

Ahli farmaseutikal, Prof Penny Ward dari King’s College London berkata: “Seperti yang kita ketahui, kerajaan UK bersengketa dengan Valneva untuk membatalkan tempahan sehingga 100 juta dos yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Vaksin pada September 2020,”.

“Hasil hari ini mencadangkan keputusan itu mungkin dikesali, tetapi Valneva mungkin boleh menyediakan pembekalan segera vaksin ini kepada negara lain yang bergelut dengan keperluan lain penghanatran peti sejuk beku, yang lebih mahal, vaksin.

“Berita baik untuk Covax dan negara-negara yang masih menunggu bekalan,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast