Gambar Hiasan: Foto: Facebook

SEOUL – Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistik daripada sebuah kapal selam (SLBM) ke arah Laut Timur, kata tentera Korea Selatan.

Peluru berpandu jarak dekat itu dilancarkan di perairan timur Sinpo, bandar di pantai timur Korea Utara, menurut Ketua Staf Bersama (JCS).

Pelancaran tersebut dikesan pada jam 10.17 pagi, katanya seperti dipetik agensi berita, Yonhap.

Menurut sumber, peluru berpandu dengan terbang pada kelajuan 590 kilometer sejam pada ketinggian 60 kilometer dan terdapat kemungkinan Korea Utara menggunakan sebuah kapal selam sebagai platform pelancaran pada kali ini.

Korea Utara melakukan ujian SLBM  pada 2015 dan 2019.

Tentera Korea Selatan percaya Korea Utara menggunakan baj berbanding kapal selam semasa melakukan ujian sebelum ini.

Para pegawai berkata, pelancaran hari ini dilakukan selepas pihak berkuasa perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengesan isyarat kemungkinan ujian senjata dilakukan di Sinpo, di mana Korea Utara membina sebuah kapal selam seberat 3,200 tan yang mampu mengendalikan operasi SLBM.

“Pihak berkuasa perisikan Korea Selatan dan AS kini melakukan analisis menyeluruh berkaitan perincian tambahan peluru berpandu itu,” menurut mesej JCS yang dihantar kepada wartawan.

Ujian terbaharu Korea Utara itu merupakan pelancaran kelapan pada tahun ini.

Pada 29 September lalu Korea Utara melancarkan peluru berpandu hipersonik yang dikenali Hwasong-8. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast