Omicron variant Healthcare centre is conducting research on the Covid-19 screening test samples sent to the lab at the Institute of Medical Molecular Biotechnology, Universiti Teknologi MARA (UITM) Hospital in Sungai Buloh, Selangor. PIX: MOHD ADZLAN /MalaysiaGazette / 14 AUGUST 2021 Covid-19 cases
Petugas kesihatan melakukan penyelidikan sampel ujian saringan Covid-19 yang dihantar ke makmal ketika di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul, Hospital Universiti Teknologi MARA (UITM), Sungai Buloh. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2021.-

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,516 kes positif baharu dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara adalah sebanyak 2,407,382 kes.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, setakat semalam, sebanyak 95.04 peratus kes sembuh manakala sebanyak 85,916 kes aktif.-MalaysiaGazette