Keadaam Jalan Sri Hartamas 1 yang sudah ditutup akibat tanah mendap.

KUALA LUMPUR – Dua lorong di Jalan Sri Hartamas 1 ke arah Pejabat Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan dekat sini ditutup sepenuhnya ekoran kejadian tanah mendap yang lebih besar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, jalan itu ditutup pada jam 7.30 malam tadi.

”Pada 19 Oktober 2021, jam lebih kurang 11.30 malam, telah berlaku kejadian tanah mendap kecil di Jalan Sri Hartamas 1, dari arah Jalan Dutamas 1 ke arah Pejabat Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur.

Kerja pembaikan sedang dilaksanakan di Jalan Sri Hartamas 1 selepas kedua-dua hala laluan itu berhampiran pejabat KDN Wilayah Persekutuan di ibu negara ditutup. Gambar ihsan: JSPT

 

”Rentetan hujan yang turun dengan lebat di sekitar Kuala Lumpur bermula dari jam 2 petang tadi mengakibatkan kejadian mendapan tanah menjadi lebih besar sehingga menyebabkan mendapan lebih besar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan awam dilaporkan.

Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan tersebut. – MalaysiaGazette