Balu kepada bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim, 77, meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang.

KUALA LUMPUR – Balu kepada bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim, 77, meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang petang tadi.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Pemergian allahyarhamah turut dikongsi dalam Facebook Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim sebentar tadi.

Anak ketujuh allahyarhamah, Fauwaz Fadzil memberitahu Utusan Malaysia,  jenazah ibunya dijangka dikebumikan pagi esok di Raudah Sakinah, KL-Karak dekat sini.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis pada kira-kira pukul 11 pagi esok,” katanya.

Pada 23 Jun 2002,  Fadzil yang ketika itu berusia 65 tahun meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.