national diver Pandalela Rinong rape joke dirty jokes ex-coach lewd jokes culture victim
Pandelela Rinong

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berkongsi pengalaman berhadapan dengan seorang jurulatih yang gemar membuat lawak lucah.

Dalam ciapan di laman Twitter, atlet berkenaan berkata, setiap kali perkara itu berlaku beliau akan mengambil sikap berdiam atau pun ketawa secara dibuat-buat kerana takut kepada jurulatih tersebut.

Malah, katanya, beliau pernah menegur perbuatan lawak lucah tu namun berakhir dengan dirinya dibuli.

“7 tahun kemudian dia buat kes rogol,” kata Pandelela.
Menyambung bebenang ciapannya, beliau berkongsi detik paling sedih kerana dalam tempoh tujuh tahun itu jurulatih berkenaan akan membuat hal setiap tahun.
Katanya, para atlet tidak boleh membuat apa-apa kerana jurulatih berkenaan dilindungi oleh ketua jurulatih mereka sendiri.